Pembugaran Jurulatih Utama Unit Maklumat JPN
Wednesday, October 31, 2007
Setiap PPD diketuai oleh Pegawai Maklumat masing-masing, bersama tujuh orang JU dari setiap PPD.
Sampai agak lewat.... tetapi malamnya selepas taklimat oleh KU Maklumat JPN, En. Zamri dengan penegasan "sehingga waktu ini, saya masih lagi Ketua Unit Data", Hj. Rosli meneruskan sesinya.
Setelah dari pagi hingga ke malam.... terus-menerus dengan paparan data dan segalam macam ralat yang ditemui, semua JU sudah semakin layu!
Namun pihak urusetia memang 'peehe jiwo'..... pada hari ketiga kami semua di sediakan aktiviti santai.... main bowling.
Riuh rendah JeetyPoint Bowl diserang pemain-pemain amatur bowling..... riuh kerana ada yang lempar bola, bola tak pergi ke depan tetapi tertinggal dibelakang.
Baru nak start clear balingan... game pulak dah habis, kerana dalam 20 lebih balingan tu.... 15 balingan yang berakhir dalam longkang... hahaha!
Terima kasih kepada KetuaUrusetia, En. Rostan yang juga Pegawai Data PPD Bachok.
Selepas bersantai pada petangnya.... di sebelah malam Hj. Rosli mencabar setiap PPD untuk menyediakan format laporan ralat berdasarkan query yang sudah disediakan.
Sambil-sambil buka hadiah pertandingan bowling petang tadi, semua JU PPD bertungkus lumus menyediakan laporan ralat masing-masing untuk pembentangan pagi esok.
>Ketua Unit Maklumat JPN sentiasa bersama kami.
'Ketua Urusetia' dok bodek ghapo tu.. :-)
>Pembentangan hasil laporan ralat yang akan digunakan semasa verifikasi EMIS minggu hadapan di Kuala Terengganu
Catatan:
Sehingga berjumpa lagi di Kuala Terengganu untuk kutipan data bulan Oktober yang penting untuk perancangan Kementerian Pelajaran tahun hadapan.
"data yang kita uruskan ini 'macam-macam, dan digunakan oleh macam-macam kementerian.... sebab itu kita menerima tuduhan yang macam-macam. Namun selagi tiada sesiapa yang dapat membuktikan kesilapan dan menandingi data EMIS... kita masih lagi menang!"
Posted byUnit ICT & Maklumat at 8:32 PM 0 comments
Key In Data Calon SBP 2008
Friday, September 21, 2007
Posted byUnit ICT & Maklumat at 3:04 AM 0 comments
Labels: || Peristiwa
Posted byUnit ICT & Maklumat at 2:44 PM 0 comments
Posted byUnit ICT & Maklumat at 12:28 AM 0 comments
Labels: || Gambar
Website vs Weblog - siri I
Friday, August 24, 2007
Kepada pembina laman web amatur!
Apakah perisian membina laman web yang anda gunakan?
Adobe DreamWeaver, Ms FrontPage, Namo WebEditor,Web Page Maker, atau apa-apa sahaja.
Tahniah.... kerana anda sanggup menggunakan perisian seperti di atas untuk membina laman web. Hanya anda yang mengetahui bagaimana rumitnya hendak membina laman web. Hanya anda juga yang mengetahui susah payahnya anda mempelajari selok-belok perisian-perisian tersebut untuk membina laman web.
Apabila laman web sekolah anda sudah siap.... maka sekarang anda akan melakukan aktiviti 'upload' ke internet. Bila berada di tahap ini, anda akan bertanya... hendak letak di 'server' mana?
Rasa-rasanya.... tidak ada Guru Besar atau Pengetua yang akan bersetuju untuk menyewa tapak 'server' laman web itu. Akhirnya anda terpaksa memilih tapak 'server' percuma atau pun mungkin yang paling popular ialah 'server' di kelantan.edu.my
Tahniah sekali lagi..... kerana laman web ada sudah berada di internet (setelah bersusah-payah meng'upload' fail-failnya)
Tetapi... laman web tidak akan bermakna sekiranya hanya sekadar itu. Laman web perlu sentiasa di'update'. Bila masuk bab hendak 'update' inilah yang akan memualkan anda. Akhirnya, web site ada akan 'kaku' dan dilupakan.
psttt!.... malahan ada laman web PPD yang terus 'keras' sejak dilancarkan hinggalah ke hari ini. "orghe kata... tak pade buat majlis pelancaran dengan begitu 'grand' tetapi.... hampehh!Demikianlah senario laman-laman web yang dibina hanya bermodalkan 'air liur'.... hehehe!
BERHENTI............ lupakan semua itu!
Sekarang anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mempelajari apa-apa perisian pembina laman web seperti di atas.
Mengapa anda tidak membina laman web dengan menggunakan perisian percuma seperti blogger.com ini. Dengan hanya tiga langkah sahaja anda sudah memiliki laman web. Anda tidak perlu memikirkan rekabentuk laman web anda.... apa yang perlu anda lakukan hanyalah tulis dan postkan apa-apa sahaja bahan ke blog anda.
Mana sesuai bina laman web sekolah guna blog?
Itulah persoalan yang sering bermain dikalangan kita. Kebanyakkan orang menganggap blog hanya sesuai untuk laman web yang bersifat peribadi sahaja atau 'personal website'. Blog dianggap tidak sesuai untuk dijadikan laman web rasmi seperti laman web sekolah.
Ok, jika itu yang bermain di minda anda.... sekarang saya hendak memberi pilihan kepada anda;
Bayangkan kerja-kerja editing yang terpaksa anda lakukan hanya untuk menghantar gambar-gambar aktitivi sekolah anda.Anda mungkin perlu edit gambar itu dahulu dengan photoshop supaya saiznya sesuai untuk dimuatkan ke laman web.
Kemudian anda fikirkan rekebentuknya di dalam Adobe DreamWeaver... anda juga perlu buat 'link'nya dengan betul (kalau tidak... gambar tak keluar pulak nanti!)
Setelah berjam-jam... barulah anda akan meng'upload'nya.
Fuhhh!.... letih la
Cuba lihat laman blog ini..... ya!..... laman web Unit ICT & Maklumat PPD Bachok ini, bukankah blog ini sudah tidak lagi seperti blog yang anda selalu fikirkan.Semua itu ada boleh lupakan... kerana dengan blog... anda hanya perlu letakkan sahaja gambar-gambar itu... tulis ceritanya dan publish. Gambar tak perlu di edit, kerana blogger yang akan menyesuaikannya untuk anda. 'Link'nya secara automatik akan muncul.... selesai
Bukankah blog ini tidak ada bezanya dengan 'laman web biasa'........ anda faham dengan apa yang saya maksudkan?
Nah!.... sekarang bagaimana? Masihkah anda hendak menggunakan perisian Adobe DreamWeaver yang rumit itu lagi?
Posted byUnit ICT & Maklumat at 5:07 PM 0 comments
Labels: || Rencana