Pembugaran Jurulatih Utama Unit Maklumat JPN

26 - 29 Oktober yang lalu semua Jurulatih Utama Unit Maklumat (EMIS) berkumpul di Kondo Istana, Langkawi bagi menghadiri sesi 'pembugaran' bersama 'ketua' segala ketua EMIS, Hj. Rosli.

Setiap PPD diketuai oleh Pegawai Maklumat masing-masing, bersama tujuh orang JU dari setiap PPD.

Sampai agak lewat.... tetapi malamnya selepas taklimat oleh KU Maklumat JPN, En. Zamri dengan penegasan "sehingga waktu ini, saya masih lagi Ketua Unit Data", Hj. Rosli meneruskan sesinya.

Setelah dari pagi hingga ke malam.... terus-menerus dengan paparan data dan segalam macam ralat yang ditemui, semua JU sudah semakin layu!

Namun pihak urusetia memang 'peehe jiwo'..... pada hari ketiga kami semua di sediakan aktiviti santai.... main bowling.

Riuh rendah JeetyPoint Bowl diserang pemain-pemain amatur bowling..... riuh kerana ada yang lempar bola, bola tak pergi ke depan tetapi tertinggal dibelakang.

Baru nak start clear balingan... game pulak dah habis, kerana dalam 20 lebih balingan tu.... 15 balingan yang berakhir dalam longkang... hahaha!

Terima kasih kepada KetuaUrusetia, En. Rostan yang juga Pegawai Data PPD Bachok.

Selepas bersantai pada petangnya.... di sebelah malam Hj. Rosli mencabar setiap PPD untuk menyediakan format laporan ralat berdasarkan query yang sudah disediakan.

Sambil-sambil buka hadiah pertandingan bowling petang tadi, semua JU PPD bertungkus lumus menyediakan laporan ralat masing-masing untuk pembentangan pagi esok.

>Ketua Unit Maklumat JPN sentiasa bersama kami.
'Ketua Urusetia' dok bodek ghapo tu.. :-)









>Dua bunga penyeri... jangan maraaah!


>Malamnya bertungkus lumus menyiapkan tugasan











>Pembentangan hasil laporan ralat yang akan digunakan semasa verifikasi EMIS minggu hadapan di Kuala Terengganu

Catatan:
Ini mungkin perjumpaan terakhir bagi Jurulatih Utama EMIS... kerana khabarnya mulai tahun hadapan guru yang menguruskan data EMIS akan dilantik secara rasmi sebagai jawatan yang Hakiki.

Sehingga berjumpa lagi di Kuala Terengganu untuk kutipan data bulan Oktober yang penting untuk perancangan Kementerian Pelajaran tahun hadapan.

"data yang kita uruskan ini 'macam-macam, dan digunakan oleh macam-macam kementerian.... sebab itu kita menerima tuduhan yang macam-macam. Namun selagi tiada sesiapa yang dapat membuktikan kesilapan dan menandingi data EMIS... kita masih lagi menang!"


Posted byUnit ICT & Maklumat at 8:32 PM 0 comments  

Key In Data Calon SBP 2008

Kerja-kerja 'key in' data calon pelajar tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh tahun 2008.
Seperti biasa, urusan Unit ICT dengan sukahatinya membantu untuk melakukan kerja-kerja 'key in' ini.
Seperti juga tahun lepas, kebetulan kerja-kerja ini dibuat semasa bulan Ramadhan.
Nak buat kerja di siang hari, masa puasa ni..... memang lemah la sikit. Mata akan cepat terkatup bila mengadap komputer.
Maka kami selalunya akan berkampung di pejabat pada waktu malam. Bila masuk bab buat kerja yang macam ni lah baru boleh nampak 'setaro' mana 'kesetiaan' kekawan dengan Unit ICT.... hehehe!
Tahun ini sekali lagi kerja-kerja 'key in' data semasa bulan ramadhan. Kekawan di PPD lain dengarnya ada yang sudah selesaikannya minggu lepas dan minggu ini.
Ada yang berkumpul di PPD dan ada yang berkumpul di makmal-makmal komputer sekolah.
Tahun ini kami buat kelainan sikit..... emmm... lain banyak sebenarnya! Tahun ini kami tidak buat kerja-kerja itu di pejabat.
Atas kebijaksanaan pegawai-pegawai Unit ICT..... kami dikumpulkan di luar pejabat. Kami buat kerja-kerja ini di Hotel YT Midtown Kuala Terengganu.
"kekawan di PPD lain jangan dengki yerrrr!"
Maka hari ini kami seramai 10 orang bertolak ke Terengganu.
Pukul 10:00 mlm... kami mulakan kerja-kerja. Calon yang perlu di 'key in' dalam 700 orang lebih.
Kerja-kerja berjalan dengan lancar. Malam ini kami target untuk buat sebanyak yang mungkin supaya esok tinggal sikit saja dan bolehlah relex sikit.
Kami teruskan kerja hingga waktu sahur pukul 4:00 pagi dan lepas subuh nanti kami tidur la!
Sambil buat kerja.... sambil pasang movie 'Die Hard 1 - 4'
Terima kasih kepada pihak LDP JPN Kelantan yang memberikan kerja sama kepada kami.
Terima kasih juga kepada pihak Hotel YT Midtown yang melayan kami dengan sebaiknya.

pukul 3:30 pagi..... tumbangnya seorang pegawai kerajaan yang berbakti untuk negara!


Posted byUnit ICT & Maklumat at 3:04 AM 0 comments  

Posted byUnit ICT & Maklumat at 2:44 PM 0 comments  



Posted byUnit ICT & Maklumat at 12:28 AM 0 comments  

Website vs Weblog - siri I

Kepada pembina laman web amatur!











Apakah perisian membina laman web yang anda gunakan?

Adobe DreamWeaver, Ms FrontPage, Namo WebEditor,Web Page Maker, atau apa-apa sahaja.
Tahniah.... kerana anda sanggup menggunakan perisian seperti di atas untuk membina laman web. Hanya anda yang mengetahui bagaimana rumitnya hendak membina laman web. Hanya anda juga yang mengetahui susah payahnya anda mempelajari selok-belok perisian-perisian tersebut untuk membina laman web.

Setelah bersusah-payah.... maka akhirnya laman web anda siap, contohnya laman web sekolah anda, kerana anda adalah guru yang dianggap lebih tahu tentang ICT.
Apabila laman web sekolah anda sudah siap.... maka sekarang anda akan melakukan aktiviti 'upload' ke internet. Bila berada di tahap ini, anda akan bertanya... hendak letak di 'server' mana?
Rasa-rasanya.... tidak ada Guru Besar atau Pengetua yang akan bersetuju untuk menyewa tapak 'server' laman web itu. Akhirnya anda terpaksa memilih tapak 'server' percuma atau pun mungkin yang paling popular ialah 'server' di kelantan.edu.my
Tahniah sekali lagi..... kerana laman web ada sudah berada di internet (setelah bersusah-payah meng'upload' fail-failnya)

Tetapi... laman web tidak akan bermakna sekiranya hanya sekadar itu. Laman web perlu sentiasa di'update'. Bila masuk bab hendak 'update' inilah yang akan memualkan anda. Akhirnya, web site ada akan 'kaku' dan dilupakan.
psttt!.... malahan ada laman web PPD yang terus 'keras' sejak dilancarkan hinggalah ke hari ini. "orghe kata... tak pade buat majlis pelancaran dengan begitu 'grand' tetapi.... hampehh!
Demikianlah senario laman-laman web yang dibina hanya bermodalkan 'air liur'.... hehehe!

BERHENTI............ lupakan semua itu!

Sekarang anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mempelajari apa-apa perisian pembina laman web seperti di atas.
Mengapa anda tidak membina laman web dengan menggunakan perisian percuma seperti blogger.com ini. Dengan hanya tiga langkah sahaja anda sudah memiliki laman web. Anda tidak perlu memikirkan rekabentuk laman web anda.... apa yang perlu anda lakukan hanyalah tulis dan postkan apa-apa sahaja bahan ke blog anda.

Mana sesuai bina laman web sekolah guna blog?

Itulah persoalan yang sering bermain dikalangan kita. Kebanyakkan orang menganggap blog hanya sesuai untuk laman web yang bersifat peribadi sahaja atau 'personal website'. Blog dianggap tidak sesuai untuk dijadikan laman web rasmi seperti laman web sekolah.

Ok, jika itu yang bermain di minda anda.... sekarang saya hendak memberi pilihan kepada anda;
Bayangkan kerja-kerja editing yang terpaksa anda lakukan hanya untuk menghantar gambar-gambar aktitivi sekolah anda.
Anda mungkin perlu edit gambar itu dahulu dengan photoshop supaya saiznya sesuai untuk dimuatkan ke laman web.
Kemudian anda fikirkan rekebentuknya di dalam Adobe DreamWeaver... anda juga perlu buat 'link'nya dengan betul (kalau tidak... gambar tak keluar pulak nanti!)
Setelah berjam-jam... barulah anda akan meng'upload'nya.
Fuhhh!.... letih la
Semua itu ada boleh lupakan... kerana dengan blog... anda hanya perlu letakkan sahaja gambar-gambar itu... tulis ceritanya dan publish. Gambar tak perlu di edit, kerana blogger yang akan menyesuaikannya untuk anda. 'Link'nya secara automatik akan muncul.... selesai

Cuba lihat laman blog ini..... ya!..... laman web Unit ICT & Maklumat PPD Bachok ini, bukankah blog ini sudah tidak lagi seperti blog yang anda selalu fikirkan.
Bukankah blog ini tidak ada bezanya dengan 'laman web biasa'........ anda faham dengan apa yang saya maksudkan?
Nah!.... sekarang bagaimana? Masihkah anda hendak menggunakan perisian Adobe DreamWeaver yang rumit itu lagi?

Posted byUnit ICT & Maklumat at 5:07 PM 0 comments  

Weblog... Blog... Blogging... Blogger...

OLEH SHIFU67

Ramai orang ingin mempunyai laman web peribadi.... ramai orang juga belajar membina laman web dengan pelbagai cara.

Ramai orang yang sudah membina laman web.... ramai orang juga yang sudah melupakan laman web mereka.
Puncanya pelbagai... susah hendak belajar/memahami web editor seperti Dreamweaver, FrontPage, WebPage Editor dan lain-lain.
Sukar hendak mengendalikannya kerana hanya menggunakan server percuma.
Terlalu banyak perkara teknikal yang perlu dilakukan walaupun hanya hendak mengupload sekeping gambar.
Akhirnya.... laman web yang dibuat itu hilang begitu sahaja di dunia siber.

Senario itu ramai yang sudah maklum!

Sekarang anda tidak perlu lagi mengalami senario seperti di atas..... kini anda boleh memiliki laman web peribadi tanpa bersusah payah dengan WEBLOG atau BLOG.
Saya berani mengatakan bahawa.... Blog sudah menjadi seperti keperluan kepada pengguna internet.
Tanpa memiliki blog anda seperti seorang yang tidak memiliki siaran ASTRO!

Ramai kekawan yang tanya macam mana nak buat blog..... bila aku suruh mereka buka blog aku. So aku pun cerita la apa bendenya blog ni, terutamanya 'blogspot' dari blogger ni la. Tu pun masih ada yang bertukar antara "blogspot" dengan "blogsport"

Aku ni bukan la pakar sangat dalam bab ICT ni, tapi boleeeh laaa sikit2. Kat luar sana tu ramai lagi yang lebih arif bab ICT ni. Tapi aku dapati masih ramai yang tak faham sebenarnya apa itu "blog", mungkin kurang info kot. Sebenarnya blog ni boleh dibuat dengan guna banyak sofware yang free saja. Blogger ni salah satu contohnya la. Dan aku rasa buat blog dengan Blogger ni yang paling simple. So.. apa itu "blog"? Blog ni kira macam personal website la lebih kurang. Tapi lebih kepada macam catatan diary la kot. Sebab tu saingan utama yang lain untuk buat blog ialah dari myjournal.com. Oleh kerana sifatnya ialah laman web peribadi... maka kita gunakanlah prinsip buat laman web yang biasa tu untuk isi apa yang patut dalam blog kita ni. Tapi blog ni tak la boleh buat secanggih laman web yang biasa, maklumlah namanya lagi free kan. Ok itu sikit info pasal blog.

Kembali kepada tajuk asal.... cam mana nak buat blog?

First..... buka blog aku ni atau mana-mana blog yang ada, then klik pada logo blogger yang ada kat atas sekali tu... biasanya nampak ikon "B" dengan background colour kuning tu.


Then... bila anda klik saja logo tu anda akan di bawa ke homepage blogger yang macam kat bawah niii... Kat sini kita dah nampak teks "Create a Blog in 3 easy steps" Then klik la kat arrow kuning di bawah tu yang kata "create your blog now"


Bila klik je arrow tu... anda akan dibawa ke page berikut. Ini ialah step pertama untuk buat blog. Anda dikehendaki untuk membuat akaun dengan google, iaitu kita mesti ada akaun email "gmail", jadi register la email anda yang sepatutnya, sama la macam buat akaun email kat yahoo ke atau hotmail ke. Cuma anda perlu ingat... akaun gmail ni akan jadi pintu masuk untuk anda buat blog dengan blogger ni. Then seterusnya ikut la step yang kedua dan ketiga.


PERINGATAN!!!!!!!!

Jangan sesekali lupa username dan password yang sudah anda buat untuk gmail tadi dan juga "url" yang anda guna untuk blogspot tu... kalau lupa yang tu payah la nak cerita. Step yang kedua bagi nama apa blog kita dan step ketiga pilih templete apa yang nak digunakan. Bab nama blog dan templete tu tak kisah sangat pasal kita boleh edit lain kali. Yang penting nak diingat ialah "url" yang kita nak gunakan tu jangan sesekali kita lupa.... kalau tak nanti tak leh nak bukak pulak blog kita tu. Soo.. supaya senang nak ingat maka saya cadangkan bagilah "url" kita tu biar sama dengan email "gmail" kita supaya senangg. Nak lagi senang ingat, password pun biarlah sama baru tak menyusahkan hidup. Contohnya saya punya ni...

Email saya: shifu67@gmail.com
Nama Blog: ||Orghe Luar||
URL Blog: http://www.shifu67.blogspot.com

Ok... kepada semua... harap info ini dapat membantu anda. Kalau ada apa-apa masalah....... tanya kat pakcik jaga!

.................................................................................
ps..
Kalau inginkan blog anda seperti blog unit ict ni, yang siap ada buton link.... kena la edit script xml / html.Cam mana nak buat tu..... panjang ceritanya cuuuu! Jadi kena jumpa la 'tukang update' blog ni.... 'pengeras'nya hanyalah......

Posted byUnit ICT & Maklumat at 12:09 AM 0 comments  

3D Liquid Matel Wallpaper


Adobe Photoshop - 3D Liquid Matel Wallpaper

shifu67STUDIO - Anda mahukan wallpaper seperti di atas? Dengan Adobe Photoshop ia mudah sahaja dilakukan. Bukan susah sebenarnya hendak membuatnya.

Okey.... jom buat sendiri wallpaper.

|> Buka new file... saiz - W500 x H500 (atau apa sahaja saiz yang ada mahukan)
|> Mode - RGB Color dan Contents - White

|> Brush Tool - black
|> Conteng-conteng bentuk yang ada suka

|> Filter - Blur.... Radial Blur
|> Amount - 50..... Blur Method - Spin.... Quality - Best

|> Filter - Sketch..... Chrome
|> Detail - 0.... Smoothness - 10

|> Image - Adjustments.... Hue/Saturation
|> Colorize - pilihlah warna yang ada inginkan

Wallpaper anda sendiri sudah terhasil....... jumpa lagi, selamat berkarya

ps...... sekiranya ada sesiapa yang ingin berkongsi panduan seperti di atas, boleh hantarkannya ke email kami.... iuctbachok@gmail.com

Posted byUnit ICT & Maklumat at 2:13 PM 0 comments  

Verifikasi Data Sistem Maklumat Murid

PPD BACHOK - Sektor Pengurusan Kemanusian (Hal Ehwal Murid) dengan kerjasama Unit ICT & Maklumat, hari ini sekali lagi menjalankan proses verifikasi Data Sistem Maklumat Murid (SMM).

Proses verifikasi kali ini bagi mengemas kini data SMM bagi semua sekolah menengah yang ada di PPD Bachok.

Seramai 14 orang guru yang bertanggungjawab menguruskan data SMM di sekolah masing-masing telah berkumpul di Kamar Musyawarah PPD Bachok.

Mr. Castelo selaku Pembantu Khas Unit ICT & Maklumat memberitahu, selepas proses verifikasi data SMM sekolah menengah, pihaknya akan melakukan pula verifikasi data SMM sekolah Rendah.

Kerja-kerja verifikasi data SMM kali ini turut dibantu oleh Encik Zahari Mamat, yang juga merupakan Jurulatih Utama SMM Jabatan Pelajaran Kelantan.

Pihak Unit ICT & Maklumat PPD Bachok mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah bertungkus lumus meng'update' data SMM sekolah masing-masing.


Posted byUnit ICT & Maklumat at 3:37 PM 0 comments  

Anugerah Guru Cemerlang ICT Kebangsaan

Tengku Azmi Raja Ismail
SMK Kandis, Bachok
Kelantan

'Mr. Periodic Table'




Juara Guru Inovatif - Pendidikan Utusan membantu
Oleh AZMY MOHAMED


JUARA guru inovatif Malaysia, Tengku Azmi Raja Ismail dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kandis, Bachok, Kelantan, menggunakan sisipan Pendidikan Utusan dan Portal Pendidikan Utusan untuk mereka bentuk `ciptaannya', selain modul yang dibangunkannya sendiri.

Beliau melayari www.tutor.com.my untuk mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan sebagai sumber rujukan - terutamanya bahagian bank soalan dan soalan percubaan.

Beliau memberitahu Utusan Malaysia di Singapura baru-baru ini, bahan-bahan daripada Pendidikan Utusan - kini dikenali sebagai Pendidikan Bestari - menjadi sumber rujukan untuk menyokong projeknya.

Anugerah

Tengku Azmi memenangi anugerah itu sempena Persidangan Guru Inovatif Pertama Rantau Asia Pasifik di Singapura baru-baru ini.

Modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) Jadual Berkala Interaktif ciptaannya menewaskan lapan peserta lain.

Beliau menerima sebuah piala dan tiket lawatan pergi balik beserta penginapan ke ibu pejabat Microsoft di Amerika Syarikat pada tahun ini.

`Saya sangat gembira dan tidak menjangka akan menang kerana tujuan modul ini adalah untuk memudahkan pelajar mengingati semua unsur yang terdapat di dalamnya,'' ujarnya.

Pengiktirafan itu memberi semangat kepadanya untuk membangunkan modul P&P mata pelajaran Sains tingkatan dua.

Kata Tengku Azmi, dengan ilmu, idea dan pengalaman yang diperolehinya sepanjang tempoh persidangan beliau tidak sabar untuk memulakan projek barunya itu.

``Saya mengaut banyak pengalaman melalui ucapan pembentang kertas kerja dan komunikasi sesama peserta,'' ujarnya.

Pertandingan ini memerlukan peserta mempamerkan hasil kerja atau modul P&P yang dibangunkan di ruang poster yang disediakan.

Setiap peserta akan diadili oleh satu panel khas berdasarkan objektif dan hasil pembelajaran, aktiviti dan tugasan pengajaran, strategi arahan, penggunaan alat teknologi informasi dan komunikasi (ICT) secara inovatif dan mengikut keperluan, dan guru sebagai agen perubahan.

Peserta dari setiap negara bertanding sesama sendiri bukannya bertanding dengan peserta dari negara lain.

Ini untuk mengelak diskriminasi disebabkan oleh perbezaan tahap celik ICT, kemudahan infrastruktur dan jurang digital antara negara yang bertanding.

Pemenang dari Filipina, Sherlita Daguisonan pula membangunkan modul P&P tentang nisbah, perkadaran dan peratus bagi mata pelajaran Matematik.

Modulnya melibatkan kajian tentang kadar penggunaan elektrik dan minyak petrol bagi ibu bapa yang berkenderaan. Data akan direkod oleh pelajar dan disahkan oleh ibu bapa sebelum dianalisis dan dipersembahkan menjadi statistik dalam bentuk carta pai atau graf menggunakan perisian MS Excel.

Gabungan banyak elemen pendidikan dalam satu rancangan mengajar dan pendekatan yang melibatkan komuniti terutamanya ibu bapa memberi inspirasi kepada guru Bahasa Inggeris, Nur Hamidah Radzali, SMK Batu 4, Gerik, Perak, untuk mencubanya.

``Dengan membuat kajian melibatkan masalah kehidupan harian akan memudahkan pelajar memahami sesuatu topik dan mengambil pendekatan yang perlu untuk mengurangkan tanggungan ibu bapa,'' katanya.

Kepada yang cenderung untuk menggunakan pendekatan popular dan kreatif, mungkin cara pemenang dari Taiwan, Shen, Chiung Ying dan pemenang dari Vietnam, Le Thi Quy boleh dijadikan panduan.

Shen menggunakan lagu popular yang telah diubah liriknya mengikut fakta yang sebenar sebagai cara menghilangkan kebosanan dan menjadikan pelajaran kesusasteraan menyeronokkan.

Manakala Le Thi Quy pula menjadikan selebriti dan artis terkenal sebagai umpan atau daya tarikan sebelum memperkenalkan tokoh negarawan negaranya.

Untuk sekolah yang mempunyai kelengkapan kamera perakam video mungkin kaedah pemenang dari Australia, Dan Isele sesuai dan ideal untuk dicuba. Pengajaran dilakukan dengan para pelajar membaca berita berkaitan topik berkenaan dan dirakamkan.

Dengan cara ini pelajar dapat membina keyakinan diri dan melatih kemahiran komunikasi interpersonal mereka.

Pendekatan hampir serupa dipraktikkan oleh pemenang dari Singapura, Dr. Chua Guat Kheng.
Bezanya ia tidak melibatkan pelajar sebagai pelakon atau terlibat secara langsung dalam penyediaan bahan P&Pnya. Dengan bantuan perisian Microsoft, Moviemaker dan Producer memudahkan beliau - atau sesiapa sahaja - menggunakannya untuk menyediakan bahan P&P dalam bentuk wayang atau rakaman video.

Turut terpilih sebagai pemenang bagi negara masing-masing ialah Song Pengjun (China), Savitri Dugtal (India), R Suryanto (Indonesia), Hur, In Sook (Korea), Lynda Walsh (New Zealand) dan Sopapun Chuentongkam (Thailand).



dipetik daripada Utusan Online

Posted byUnit ICT & Maklumat at 11:52 PM 1 comments  

Kursus ICT Guru Kanan PPD Bachok


LANGKAWI - Seramai 40 orang Guru-Guru Kanan Matapelajaran PPD Bachok telah menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme dengan kerjasama Unit ICT & Maklumat, PPD Bachok.

Kursus dikendalikan oleh dua orang Jurulatih Utama ICT Jabatan Pelajaran Kelantan iaitu Encik Zammeri Abdullah dan Encik Saiful Marsidi Sidek.


Selain daripada dua orang Jurulatih Utama, pihak urusetia juga telah mengundang khas seorang guru yang tersohor bukan sahaja di Bachok malahan seluruh negara untuk berkongsi idea dan pengalaman.

Yang Mulia Tengku Azmi, Guru Inovatif Kebangsaan telah mencurahkan segala pengetahuan yang sangat berharga bersama peserta kursus.

Taklimat Kursus oleh
Mr. Castelo
Pembantu Khas Unit ICT & Maklumat












Ms Excel bersama En Zammeri
"vlookup.... lookup sana... lookup sini
sini bunyi oooooo.... sana bunyi uuuuu.... pehe.. pehe..
Bila ada bunyi cam tu... masuk la tu








Perkongsian pintar bersama
Tengku Azmi
Guru Cemerlang ICT Kebangsaan
'Mr. Periodic Table'









shifu67.blogspot.com
"sekarang ni kalau sesiapa yang tak ada email samalah kalau dulu seperti orang yang tak ada handset"
"weblog/blog merupakan langkah mudah untuk memiliki laman web peribadi........ selamat menjadi seorang blogger yang bermanfaat"


shifu67.blogspot.com

"sekarang ni kalau sesiapa yang tak ada email samalah kalau dulu seperti orang yang tak ada handset"
"weblog/blog merupakan langkah mudah untuk memiliki laman web peribadi........ selamat menjadi seorang blogger yang bermanfaat"


Peserta kursus sangat berpuas hati dengan pengisian kursus. Tambahan pula kehadiran Tengku Azmi telah membuka mata mereka tentang 'permata' dunia pendidikan rupanya berada berhampiran mereka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ps........
kursus di Langkawi, awal bulan pulak tu.... datang satu beg kecil, balik dengan 2 beg besar....hehehe!

Posted byUnit ICT & Maklumat at 12:13 PM 0 comments